SEPANG - Insiden paip air pecah berhampiran tapakpembinaan loji rawatan air Semenyih 2 di Kampung Jenderam Hilir di sini hari ini mengakibatkan air memancut setinggi lebih 30 meter hingga mencecah kabel pencawang elektrik.
Hotline Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang melihat insiden pancutan air berkenaan kira-kira 6 petang dan memaklumkan bahawa Syabas akan melakukan kerja-kerja pembaikan.
Petugas Syabas yang ditemui pula berkata paip air yang terjejas dipercayai melibatkan saluran paip air bersih dari Putrajaya menuju ke Bukit Mahkota.
Beliau berkata, saluran paip air tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan kawasan Bukit Mahkota dijangka mengalami gangguan air buat sementara waktu.