Friday, November 18, 2016

Tony Ahn Pernah Rancang Untuk Berkahwin




Tony Ahn pernah rancang kahwin.
SELEBRITI Tony Ahn mendedahkan pernah mempunyai perancangan untuk berkahwin beberapa kali ketika bercinta. 
Dia yang masih lagi membujang memberitahu ibunya juga sudah setuju untuk dia menamatkan zaman bujang dengan seorang gadis beberapa tahun lalu. 
"Saya ada perancangan untuk berkahwin suatu masa dahulu dengan teman wanita beberapa tahun lalu. 
"Dia seorang yang baik dan cantik dan boleh menyanyi dengan baik.
"Malah ibu saya juga bersetuju dengan hubungan kami," ujarnya dalam satu temubual. 
Dalam pada itu netizen turut membuat andaian wanita tersebut merupakan Hyeri Girl's Day.

Mereka pernah digosipkan bercinta sekitar tahun 2013 namun hubungan itu terputus ditengah jalan. 

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...