Monday, November 21, 2016

Jennifer Garner Hamil, Ben Affleck Batal Hasrat Cerai




Ben Affleck dan Jennifer Garner dilaporkan bakal menimang cahaya mata keempat.
PASANGAN Ben Affleck dan Jennifer Garner dilaporkan bakal menimang cahaya mata keempat sebagai salah satu langkah menyelamatkan rumah tangga mereka yang berantakan sebelum ini.

Hollywood Life melaporkan pasangan itu juga membatalkan hasrat untuk bercerai selepas mengumumkan perpisahan mereka pada April lalu.
"Jennifer sangat gembira apabila doktor mengesahkan dia kini sedang hamil.

"Berita gembira itu juga sebenarnya menyelamatkan perkahwinan mereka," kata sumber.

Jennifer dan Ben berkahwin pada 2006 dan mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Violet yang berusia 10 tahun, Seraphina, 7 dan Samuel, 4.

Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu, Jennifer berharap sikap Ben akan berubah dan melupakan perangainya yang gemar berparti.

"Ben berjanji akan berubah dan memberi tumpuan kepada keluarga dan Jennifer berharap suaminya itu memegang kata-katanya," katanya.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...