Friday, November 18, 2016

Viral Anggap Penyiksaan Bikin Album Pertama



Pasangan kembar menggelarkan diri mereka Viral dianggotai oleh Ahmad Amzar (kiri) dan Ahmad Amsyar memegang album pertama mereka. 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Viral yang dianggotai adik-beradik kembar, Ahmad Amsyar dan Ahmad Amzar Ahmad Sabri, 20, berkata penantian mereka untuk mengeluarkan album sulung berjudul Sentuh Hatiku boleh diibaratkan seperti satu penyeksaan.
Amzar berkata, ia disebabkan mereka terpaksa bersusah-payah untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik bagi dimuatkan album berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, segala keperitan dan perasaan bimbang berakhir apabila album yang memuatkan lagu popular iaitu Biasa dan Buat Macam Ni itu dilancarkan.

"Ini (album) boleh diibaratkan titik-tolak kerjaya nyanyian kami. Karya dalam album ini adalah yang pertama daripada kami sama ada lagu, lirik dan melodi.
Pasangan kembar menamakan diri mereka Viral memotong kek sempena hari lahir mereka yang ke 20 tahun.
"Untuk album inilah kami belajar banyak benda baru daripada DJ Fuzz dan ramai lagi, jadi album ini sangat bermakna buat kami sebab ia adalah yang pertama untuk segala-galanya," katanya.

Viral yang bernaung di bawah label Octave Records milik DJ Fuzz ditemui pada pelancaran album itu di Red Box Karaoke The Gardens di sini, petang Selasa lalu.

Album itu memuatkan sembilan lagu yang dihasilkan oleh Viral sendiri, DJ Fuzz, Lawa Nie Geng dan ramai lagi edaran Suria Records (SRC).

Amzar berkata, mereka juga yakin potensi single terbaharu Sentuh Hatiku yang semakin popular di laman sosial akan membantu menaikkan populariti mereka.

"Saya percaya lagu ini akan diterima dan disukai ramai berdasarkan sambutan awal daripada peminat. Keadaan itu melegakan kami.
Amzar menyuapkan kek ke mulut kembarnya, Amsyar.
“Kami juga berharap ia menjadi permulaan yang baik untuk Viral agar lebih menyerlah dan membina nama dalam bidang muzik tanah air,” katanya.

Pada majlis sama, pasangan kembar itu turut diraikan pada majlis hari lahir secara kejutan yang diaturkan Octave dan kelab peminat mereka.

"Kami bersyukur hari yang bermakna ini lebih bererti apabila majlis hari lahir kami turut diraikan. Harap-harap ia menjadi permulaan yang cerah untuk kami," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: