ZHENGZHOU - CHINA. Seorang lelaki bertindak luar jangkaan apabila menggunakan duit syiling untuk membeli sebuah kereta.
Laporan Metro UK, peniaga tepung yang hanya dikenali sebagai Guo berkenaan membawa 100,000 duit syiling 1 yuan, 50 sen dan 10 sen untuk membeli sebuah Toyota Prado.
Beliau juga membawa wang kertas bernilai kecil iaitu 1 yuan setiap satu.
Bagaimanapun, Guo didakwa 'tidak berniat jahat' dengan membawa wang kecil ketika mahu membeli keretanya.
Aksi luar biasa Guo menyebabkan empat pekerja terpaksa mengambil masa 12 jam untuk mengira kesemua jumlah wangnya.