Ayda menerusi laman twitternya pada Sabtu meluahkan rasa marah dan berpendapat pihak yang menjaga keselamatan selebriti luar itu perlu bertimbang rasa dan menghormati orang yang ingin bergambar.
"Kamu sangat biadab," tulisnya.
Video kejadian itu menjadi viral berikutan rasa tidak puas hati netizen terhadap tindakan pengawal itu merampas telefon bimbit milik penyanyi lagu Pencuri Hati itu.
Ayda bersama beberapa rakan artis lain iaitu Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen terlibat dalam program Running Man Challenge – hydrated by 100PLUS Malaysia with Lee Kwang Soo yang berlangsung di Paradigm Mall, Sabtu.
Tambah Ayda, perkara itu turut mengejutkan dia dan rakan selebriti lain yang turut sama berada dalam kejadian tersebut.
Bagaimanapun, Lee Kwang Soo kemudiannya bertindak meminta telefon itu daripada pengawal dan mengambil selfie bersama sebelum memulangkannya semula kepada Ayda.
Ayda turut membalas komen peminatnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan dengan berkata, pengawal itu sepatutnya menghormati siapa juga yang sedang bergambar.
"Kalau bukan saya pun, anda seharusnya hormat orang yang hendak bergambar. Tak boleh?" katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: