Monday, November 21, 2016

Sepupu Diberi Mandat Arah Filem Lakonan Kim Soo Hyun




Kim Soo Hyun bakal muncul dengan filem terbitannya berjudul Real.
PELAKON Kim Soo Hyun meletakkan kepercayaan kepada sepupunya, Lee Sa Rang untuk mengarahkan filem terbaharu lakonannya berjudul Real.
Allkpop melaporkan Soo Hyun memilih saudaranya itu bukan kerana pertalian kekeluargaan sebaliknya yakin dengan kredibiliti wanita berkenaan.
"Ramai yang terkejut dengan tindakan Soo Hyun itu namun dia percaya dengan kebolehan Sa Rang untuk menyiapkan filem itu yang tergendala.

"Tambahan pula Sa Rang memang terlibat dari awal penghasilan filem itu, jadi dia mempunyai gambaran dan tahu apa perlu dilakukan," kata sumber.

Soo Hyun juga bertindak sebagai penerbit filem berkenaan.

Terdahulu, laporan menyebut penggambaran karya itu tergendala ekoran pengarahnya menarik diri sebelum tempat itu digantikan oleh Sa Rang.

Real
 turut dibintangi oleh Sulli, Sung Dong Il, Lee Sung Min dan Jo Woo Jin.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...