MESKIPUN harga barang semakin meningkat ditambah pula dengan penarikan subsidi minyak masak, namun masih ada peniaga yang kekal menawarkan harga murah bagi pelanggan mereka.
Bukan semua peniaga mampu menawarkan harga makanan yang murah, tetapi bagi pemilik gerai ‘Nasi Mampu Beli’ di tapak pasar malam Bukit Koman Raub, Salzidawati Shansudin, 34, masih mengekalkan harga murah dan kualiti makanan dijual seperti biasa kepada pelanggan yang singgah di gerainya.
Menurutnya, pelbagai jenis dan kategori pelanggan yang singgah di kedainya setiap hari malah ia memberi idea untuk dia menawarkan sesuatu yang menarik.
“Saya masih memikirkan kemampuan pelanggan walaupun memang saya menanggung harga bahan mentah yang semakin meningkat.
“Bukan semua orang banyak duit, selagi terdaya saya akan cuba kekalkan harga dan kualiti rasa makanan di gerai yang mula beroperasi pada tahun ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Ujarnya lagi, kemahiran memasak yang dimiliki hasil usaha belajar daripada ibu yang juga peniaga makanan, Salzidawati turut mampu menawarkan juadah sarapan pagi dan makan tengah hari yang enak.
“Pelanggan yang datang ke gerai saya selalunya tertarik dengan harga murah yang saya tawarkan di mana ada set makanan dan minuman digabungkan
“Sebagai contoh, nasi lemak biasa bersama air teh o hanya dikenakan harga sebanyak RM1.50, manakala makanan tengah hari yang bernilai RM5 ke atas akan diberikan minuman percuma,” katanya.
Menurutnya, cara tersendiri beliau menawarkan harga sebegitu sukar untuk ditemui pada peniaga lain kerana mereka mungkin bimbang dengan risiko rugi.
“Ini adalah pilihan dan cara saya berkongsi rezeki dengan orang lain, tidak perlu ghairah dan bertindak melampau menaikkan harga sesuka hati,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: