Monday, November 21, 2016

Peminat Teruja Pengumuman Album Baharu Big Bang




Poster berhubung album baharu Big Bang dilancarkan oleh syarikat pengurusan YG Entertainment.
PEMINAT menyatakan rasa teruja apabila YG Entertainment mendedahkan kumpulan terkenal Big Bang bakal melancarkan album terbaharu tidak lama lagi.
Soompi melaporkan syarikat pengurusan itu turut melancarkan poster berhubung perkara itu dan mendedahkan nama album berkenaan iaitu Made.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut disertakan dan peminat mula tertanya-tanya mengenai butiran lanjut album tersebut.

Untuk rekod, Made adalah album pertama Big Bang dalam tempoh lapan tahun dan pelancaran album itu bersempena dengan sambutan sedekad mereka dalam bidang seni.

Dalam pada itu, salah seorang anggota Big Bang, Yang Hyun Suk dalam Instagram miliknya mendedahkan mereka sedang dalam proses menyiapkan muzik video single pertama daripada Made.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: