TIGA sekawan, Matthew Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howard belajar bersama di Teighmouth, United Kingdom (UK) sekitar 1990-an dahulu.
Pada suatu hari, Bellamy hadiri uji bakat yang dianjurkan sebuah band yang ketika itu dikenali sebagai Carnage Mayhem, iaitu milik Howard.
Setelah lama bersama, mereka mengajak Wolstenholme yang pada ketika itu pemain dram band Fixed Penalty untuk menyertai mereka.
Mengambil masa beberapa bulan untuk berfikir, akhirnya Wolstenholme setuju turut serta. Pada mulanya, dia tidak tahu bermain bass.
Namun, disebabkan Carnage Mayhem memiliki Howard sebagai pemain dram, Wolstenholme setuju masuk kelas belajar bermain bass.
Tiga anak muda ini mula bermain gig di beberapa lokasi di UK. Setelah tamat sesi persekolahan, Bellamy, Wolstenholme dan Howard berhasrat menjadikan muzik sebagai sumber pendapatan rezeki.
Mereka merasakan sudah tiba masanya mereka menukar nama band. Daripada nama Rocket Baby Dolls, mereka memilih perkataan Muse sebagai nama band sempena nama salah seorang guru Matt.
Percubaan menjadi
Setelah serius, Bellamy mempelajari piano bagi mempelbagaikan bunyi ke dalam muzik mereka. Selain itu, dia turut praktis untuk meningkatkan mutu vokal suaranya supaya Muse mampu bermain lagu dalam knot yang tinggi.
Hasilnya, Muse membawa muzik ke dimensi baru yang mungkin tidak terfikir penggiat muzik sedunia. Apabila single kedua mereka, Muscle Museum diperdengarkan, pengkritik menganggap lagu tersebut mempunyai sisi muzik lain.
Apabila mereka melancarkan lagu Space Dementia, ia memukau ramai pendengar di seluruh dunia. Gabungan petikan piano, riff gitar dan penggunaan efek gitar yang sangat mengagumkan dan ditambah suara Bellamy memberikan dimensi baru dalam muzik dunia.
Lagu tersebut seolah-olah bawa kita jelajah ke angkasa lepas. Itu kebijaksanaan Muse dalam gubah muzik. Tidak terhenti di situ, lahirnya lagu Hysteria menunjukkan gitar bass bukanlah alat muzik yang membosankan. Riff dimainkan Wolstenholme sukar dengan ditambah bunyi efek hasilkan bunyi wow!
Kehebatan Muse, Kesatuan Olimpik Sedunia (IOC) memilih lagu Muse sebagai lagu rasmi semasa temasya sukan tersebut berlangsung di UK pada 2012.
Tambahan lagi, beberapa badan muzik dunia iktiraf Muse sebagai band live terbaik di dunia dan menggondol anugerah.
Apa yang mereka mainkan ketika konsert, bunyi serta suara Matthew sama seperti berada di dalam album. Tidak harianlah sekiranya Muse memiliki jutaan peminat di seluruh dunia.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: