KANGAR - Pasangan kembar seiras dari Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah nyata gembira dengan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di Bangunan Teknologi Pendidikan Perlis di sini, hari ini.
Anis Sofiah Zolkhainan dan adiknya Anis Solehah mendapat keputusan gred A dalam enam subjek yang diambil.
Menjadikan kejayaan adik beradik lain sebagai pembakar semangat, pasangan kembar yang merupakan anak bongsu dari lima beradik ini nekad untuk turut mencipta kejayaan.
Menurut Anis Sofea yang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam, dia dan adiknya sentiasa bersaing dalam pelajaran.
"Dalam kelas ada ketika saya dapat nombor satu, kadang-kadang adik pula dapat nombor satu.
"Kami selalu bersaing untuk nak dapat nombor satu," ujarnya.
Adiknya, Anis Soleha yang bercita-cita ingin menjadi doktor berkata ibu bapa mereka juga merupakan penyumbang utama kepada kejayaan ini.
"Setiap hari ibu akan sediakan bekal untuk saya dan kakak makan di sekolah.
"Ibu akan pastikan kami sarapan sebelum ke sekolah," katanya.
Bapa pasangan kembar ini, Zolkharnain Abidin, 49 merupakan seorang penulis buku sentiasa menyediakan segala keperluan kembarnya bagi memastikan mereka berdua dapat belajar dengan sempurna.
Anis Sofia berkata, tiada sebarang rahsia dalam kejayaan ini cumanya setiap kejayaan perlu diiring dengan sikap kerja keras dan rajin berusaha.
Menurut Anis Sofea, dia dan adiknya akan berehat sekitar setengah jam sahaja sejurus pulang dari sekolah dan mula mengulang kaji pelajaran pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.
"Setiap hari kami buat benda yang sama kalau tak ada kelas tambahan di sekolah," katanya.
Selain berjaya dalam bidang akademik, pasangan kembar ini tidak melepaskan peluang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan debat.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata seramai 45 pelajar daripada jumlah keseluruhan 3805 yang menduduki UPSR pada tahun ini mendapat kesemua A dalam mata pelajaran yang diambil.
Menurut Izmi, calon UPSR pada tahun ini adalah generasi pertama yang mengikuti sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak berada di Tahun Satu lagi.
"Hasrat transformasi kurikulum dan pentaksiran pada peringkat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh seimbang dan sepadu," jelasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: