Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, berkata, dia ingin memberi fokus utama terhadap peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal didudukinya.
"Tahun ini agak sibuk dengan kerja, selain promosi tudung, saya juga banyak terlibat dengan sesi fotografi dan promosi produk makanan tambahan Caliph Supliment for Kids.
"Insya-Allah tahun depan saya berehat sekejap daripada kerjaya seni atau mengurangkan sedikit jadual kerja lain untuk beri perhatian kepada pelajaran.
"Kalau boleh saya mahu menjadi seorang artis yang menjadi contoh kepada masyarakat bukan sahaja dalam bidang seni dan perniagaan, malah juga pelajaran," ujarnya kepada mStar Online.
Mia Sara bersama pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd Muhammad Rafi’e Ramli
dan Pengasas Didi & Friends, Sinan Ismail.\
dan Pengasas Didi & Friends, Sinan Ismail.\
Mia ditemui pada majlis kolaborasi Caliph dan DD & Friends yang diadakan baru-baru ini.
Katanya, buat masa ini, dia menolak tawaran lakonan drama bersiri yang memerlukan komitmen yang panjang.
"Bila ada penggambaran terlalu panjang saya perlu ponteng sekolah dan ambil tuisyen untuk ulang kaji semula apa yang tertinggal," ujarnya.
Selain itu, dalam perkembangan perniagaan, Mia yang sudah memiliki jenama tudung Mia Sara Couture ini bakal mengeluarkan koleksi baharu tudung dan peralatan sekolah sempena tahun baharu akan datang.
"Perniagaan tudung masih berjalan seperti biasa dan saya bakal lancarkan koleksi untuk pakaian sekolah juga sempena tahun baru yang bakal tiba tidak lama lagi," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: