Beliau yang kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kelihatan tidak bermaya namun siapa sangka dalam keadaan seperti itu, kejayaan berpihak kepada dirinya.
Menurut ibunya Ani Harun, 48, anak bongsu daripada empat beradik itu sangat tabah menghadapi dugaan, walaupun sakit anaknya itu tetap bersungguh-sungguh menjawab soalan peperiksaan.
Katanya anaknya itu mengambil peperiksaan bersama lima lagi murid lain yang mendapat rawatan di hospital berkenaan September lalu.
"Memang dia antara murid yang disasarkan memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.
"Saya sebenarnya tidak mengharapkan sangat sebab kasihan melihat keadaannya tetapi mungkin berkat kesungguhan dia sendiri, kejayaan tetap menjadi miliknya," katanya ketika ditemui Bernama di hospital itu, Khamis.
Kejayaan Wan Adibah Farhani turut dikongsi guru besar sekolahnya, Tuan Khamsiah Tuan Yusoff dan beberapa guru lain yang hadir sendiri ke HUSM bagi menyampaikan keputusan berkenaan, di mana Wan Adibah Farhani adalah seorang daripada tiga murid sekolah tersebut yang memperoleh keputusan 6A.
Tuan Khamsiah berkata, Wan Adibah Farhani seorang murid cemerlang dan menjadi harapan sekolah.
"Keputusan ini membuktikan penyakit yang dihidapi selama ini tidak pernah menjadi batu penghalang untuk beliau meraih kejayaan malah sudah pasti beliau menjadi inspirasi kepada murid lain," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: