Wednesday, November 23, 2016

Tiket Peminat Bertemu Lee Jun Ki Habis Dalam Masa Lima Minit




AKTOR Lee Jun Ki menjadi antara pelakon paling laris di Korea apabila penjualan tiket untuk peminat bertemu artis itu habis dalam masa kurang lima minit.
Acara bersama peminat berjudul Thank You itu akan dilakukan di beberapa lokasi bermula di Seoul, Nagoya, Osaka dan Yokohama.

Menurut agensi Namooactors, dalam acara tersebut Lee Jun Ki akan tampil menyanyikan sebanyak 10 buah lagu.

"Acara ini bukan acara bertemu peminat biasa, selalunya artis hanya menyanyikan sebanyak empat buah lagu, tapi Lee Jun Ki akan tampil dengan 10 lagu," ujarnya.

Thank You merupakan penghargaan pelakon itu terhadap sokongan yang diberikan oleh peminat-peminatnya selama ini.

Populariti pelakon berusia 34 tahun ini meningkat secara mendadak selepas membintangi drama Scarlet Heart Ryeo.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...