PUTRAJAYA - GlobalClub Empire Sdn Bhd semalam melancarkan 1GlobalClub (1GC), sebuah platform media sosial pertama di dunia yang memberi ganjaran kepada pengguna aktif di atas talian.
Ketua Pegawai Eksekutif 1GC, Datuk Verdon Bahanda berkata, ia merupakan sebuah platform media sosial yang bertujuan untuk membantu usahawan serta masyarakat dalam penggunaan teknologi dan seterusnya menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara.
“Sejajar dengan perkembangan teknologi, Internet terus menjadi platform yang lebih kukuh dan menggabungkan yang terbaik dalam perhubungan, komunikasi serta produktiviti.
"Menurut statistik, terdapat lebih 18 juta pengguna media sosial yang aktif di Malaysia di mana setakat tahun 2015, sebanyak 77.3 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.
"Kami melihat ini sebagai peluang yang baik dalam memanfaatkan platform media sosial bagi membangunkan penyelesaian inovatif untuk perniagaan serta komuniti atas talian terutamanya untuk para usahawan,” katanya.
Pelancaran ini disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: