TEKA-teki drama mana yang dinobatkan sebagai karya paling agung terjawab pada Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) malam kelmarin.
Drama Fatin terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd yang disiarkan di TV3 dipilih memenangi anugerah itu selepas bersaing dengan Bila Tiba Saatnya dan Cermin Kasih.
Kemenangan ini merupakan antara kejutan di ASK2016 memandangkan persaingan begitu sengit antara kesemua yang bertanding.
Tidak hanya meraih anugerah Drama Terbaik, malah Fatin turut dipilih menerima anugerah Pengarah Terbaik dan juga Videografi Terbaik.
Bagi pengarahnya, Razaisyam Rashid, kemenangan itu sememangnya tidak dijangka namun bersyukur kerana rezeki berpihak padanya.
"Saya yakin Fatin ada kekuatan tersendiri dan ia dilihat para juri. Bagi saya, kesemua yang bertanding untuk kategori ini memang terbaik memandangkan mereka adalah senior saya.
"Calon-calon seperti Murali Abdullah, Heykal Hanifah dan Sabri Yunus sememangnya hebat dalam industri ini.
“Saya ni masih baru dalam arena pengarahan, baru nak masuk lima tahun. Saya bersyukur atas kemenangan ini dan berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Biarpun Fatin adalah naskhah pertamanya, tetapi Razaisyam mengakui tidak mudah menyiapkan drama ini kerana sarat dan berat dengan kisah kekeluargaan.
"Sebelum ini, saya biasa buat drama komedi. Jadi, bila diberi peluang untuk mengarah karya seberat ini, saya anggap ini satu cabaran dalam berkarya," ujarnya yang teruja ketika ditemubual sejurus diumumkan sebagai pemenang.
Bagaimanapun, katanya, dia berusaha untuk mendapatkan hasil terbaik.
Mengimbas kenangan sewaktu menyiapkan Fatin, Razaisyam berkata, kekangan bajet antara cabaran utamanya.
“Selain itu, saya ambik masa 10 hari untuk menghabiskan sesi penggambaran bagi menghasilkan outcome yang berkualiti,” jelasnya.
Syamsul ulangi kejayaan
Sementara itu, Syamsul Yusof yang dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik kategori filem sekali lagi mengulangi skrip sama semasa Festival Filem Malaysia tahun ini.
Baginya, kualiti filem Munafik mungkin menjadi salah satu faktor pemilihan juri untuk memenangi kategori tersebut.
“Saya berasakan ramai bersetuju Munafik adalah karya yang mempunyai nilai untuk menyertai
pertandingan, tetapi saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi anugerah ini.
“Kalau tak menang sekalipun, saya tetap bangga kerana berjaya menghasilkan filem ini yang sememangnya memberi kepuasan kepada saya,” ujarnya.
Melihat kepada pencapaian Munafik, Syamsul kini sedang merancang untuk menerbitkan filem Munafik 2.
“Sepatutnya Munafik 2 menjalani penggambaran dalam masa terdekat ini, tetapi saya belum berpus hati dengan skrip nya yang hampir sama dengan Munafik," katanya yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Justeru, Shamsul mengambil keputusan membuat skrip baru sebelum meneruskan beberapa perkara berkaitan filem itu.
ASK2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disiarkan secara langsung di TV3. Sebanyak 26 anugerah utama disampaikan oleh selebriti terkenal tanah air.
ASK 2016 juga berjaya menghimpunkan selebriti yang mewarnai industri hiburan tempatan.
Dihoskan oleh Alif Satar, Haiza dan Sarimah Ibrahim, ASK2016 turut diserikan dengan persembahan hebat penyanyi popular, antaranya Faizal Tahir, Aizat, Noh Salleh, Muadz, Black, Hazama, Alyah, Kaka Azraf, Mimi Fly dan ramai lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: