Wednesday, November 23, 2016

Gagal Dapat Imuniti, Elly Mazlein Minta Peminat Tidak Kecewa



Elly Mazlein
PETALING JAYA: Penyanyi Elly Mazlein berharap peminat-peminatnya tidak terlalu kecewa apabila dia gagal mendapat imuniti daripada penaja program Gegar Vaganza 3 iaitu Datuk Seri Vida pada suku akhir konsert itu malam Ahad lalu.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, dia menghargai usaha peminat-peminatnya yang tidak pernah putus asa menyokong dan berharap dia kembali ke pentas Gegar Vaganza 3 itu semula.

"Sudah pasti ada hati yang kecewa dengan keputusan itu, walau macam mana pun rezeki itu Allah yang menentukan, buat macam mana pun kalau ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kitalah.

"Buat peminat saya, terima kasih atas jasa baik anda semua yang tidak pernah putus asa dan banyak berusaha demi saya," ujarnya.
Peminat kecewa apabila Elly gagal dapat imuniti selepas mengundi sejak minggu lalu.
Elly diminta mengulas tentang kekecewaan peminat yang tidak putus asa mengundi namanya di laman sosial Gegar Vaganza dan Facebook milik Datuk Seri Vida itu sejak minggu lalu agar dia dimasukkan semula dalam pertandingan itu.
Bagaimanapun, keputusan imuniti malam Ahad lalu memihak kepada penyanyi Gmie (Screen) yang pada awalnya telah diumumkan tersingkir bersama penyanyi Zur Eda.

"Setiap keputusan atau apa yang berlaku ada hikmahnya, kita doakan yang baik-baik sahaja dan teruskan kehidupan ini.

"Kepada peminat saya, janganlah terlalu kecewa, biar usaha dan kalah daripada kita tidak berusaha dan kalah," ujarnya.

Dalam pada itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro dan program Gegar Vaganza 3 yang banyak memberi peluang serta ruang kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: