Monday, November 21, 2016

Gmie (Screen) Bernasib Baik Dapat Imuniti Ke Separuh Akhir GV3



Gmie (kanan) terkejut diumumkan layak ke separuh akhir Gegar Vaganza 3 selepas memperoleh imuniti daripada Datuk Seri Vida.
SHAH ALAM: Penyanyi Gmie (Screen) bernasib baik selepas mendapat imuniti ‘Pamoga Qu Puteh’ daripada penaja Gegar Vaganza 3 (GV3) iaitu Datuk Seri Vida untuk melayakkan dia ke pentas separuh akhir pertandingan itu Ahad depan.

Pengumuman itu dilakukan oleh Vida sejurus dua perserta diumumkan terkeluar pada mingu keenam kali ini iaitu Gmie dan Zur Eda.

Pada konsert kali ini, Gmie menyampikan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal oleh XPDC manakala Zur Eda mempersembahkan lagu berentak dangdut nyanyian Amelina berjudul Ah Rindu Lagi.

Seperti dua musim terdahulu, GV3 menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala pengarah popular Mamat Khalid, tampil sebagai juri jemputan.

Zur Eda (dua dari kiri) akhirnya terpaksa meninggalkan Gegar Vaganza 3.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Nora dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Ia adalah kemenangan pertamanya menerusi lagu Bring Me To Life (Evanescence).

Selain Gmie, peringkat separuh akhir akan menyaksikan Ameng, Siti Sarah, Azharina, Zarul, Nora Ariffin dan Intan Sarafina.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: