Monday, November 21, 2016

'Fatin' Drama Terbaik Anugerah Skrin 2016



Pengarah drama Fatin iaitu Razaisyam Rashid ketika menerima trofi Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat. 
PUTRAJAYA: Drama terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd iaitu Fatin diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.
Kemenangan itu berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Bila Tiba Saatnya, Cermin Kasih, Hujan Malam Itu dan Rekah.
Pengarahnya, Razaisyam Rashid turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama) manakala Idham Mad Din menerusi Videografi Terbaik.
Fazlina Ahmad Daud pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama).
Bagi kategori filem pula, karya terbitan Current Pictures berjudul Redha pula dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik dan ia turut menggondol trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem), Namron.
Syamsul Yusof pula cemerlang dengan filem Munafik apabila dipilih sebagai pemenang Pengarah Terbaik (Filem).
Dalam pada itu, Beto Kusyairi memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi Ramadan Berteduh Syawal manakala Tiz Zaqyah Pelakon Wanita Terbaik (Cermin Kasih).
Tiz Zaqyah bersama trofi kemenangan menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama).
Fazlina Ahmad Daud pula menggondol trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) menerusi Cermin Kasih dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) milik Jalil Hamid (Calon Syurga).
Kategori filem pula menyaksikan aktres terkenal, Maya Karin merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi penampilannya dalam filem Nota.
Namron pula dipilih penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) hasil lakonan mantap dalam filem Redha.
Jalil Hamid pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama).
Sementara itu, Fauziah Ahmad Daud merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menerusi filem Langit Cinta dan Hushairi Husain yang popular dalam Polis Evodipilih pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem).
Erma Fatima pula membawa pulang dua trofi menerusi drama bersiri arahannya Mok Cun 2 iaitu Drama Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik.
Manakala Drama Rantaian Terbaik diterima oleh Wadi terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd.
Erma Fatima membawa pulang dua trofi kemenangan pada malam ASK2016.
ASK2016 dihoskan oleh Alif Satar bersama lapan hos bersama iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza, Sarimah Ibrahim, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.
Pada acara itu juga turut memperlihatkan persembahan daripada Siti Elizad, Hazama, Indah Ruhaila, Faizal Tahir, Mark Adam dan Aizat.
Senarai Penuh Pemenang ASK2016:
1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama)
Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)
Jalil Hamid (Calon Syurga)
3. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Majalah Tiga (Wira Beret Semerah Hati)
4. Rancangan Hiburan Terbaik
Buskestra
5. Videografi Terbaik (Drama)
Idham Mad Din (Fatin)
6. Rancangan Bual Bicara Terbaik
Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)
7. Laporan Khas Berita Terbaik
Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
8. Rancangan Realiti Terbaik
Let's Cycle 2
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)
Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)
Hushairi Husain (Polis Evo)
11. Lakon Layar Terbaik
Love Supermoon (Wan Hasliza)
12. Lakon TV (Skrip) Terbaik
Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
13. Drama Rantaian Popular Media Sosial
Kau Aku Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
14. Penyunting Drama Terbaik
Izhar Masuri (Rekah)
5. Pelakon Wanita Terbaik (Filem)
Maya Karin (Nota)
16. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)
Namron (Redha)
17. Rancangan Anugerah Terbaik
Anugerah Juara Lagu 30
18. Pelakon Wanita Terbaik (Drama)
Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
19. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)
Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)
20. Drama Rantaian Terbaik
Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
21. Drama Komedi Terbaik
Mak Cun 2
22. Pelakon Komedi Terbaik
Erma Fatima (Mak Cun 2)
23. Pengarah Terbaik (Filem)
Syamsul Yusof (Munafik)
24. Pengarah Terbaik (Drama)
Razaisyam Rashid (Fatin)
25. Filem Terbaik
Redha (Current Pictures Sdn Bhd)
26. Drama Terbaik
Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...