NAMA Sarimah Ibrahim di dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Bukan saja dikenali sebagai pengacara hebat, Sarimah juga sudah membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan, nyanyian dan penyampai radio.
Namun selepas bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie, setahun lalu, popularitinya kembali tenggelam.
Bagaimanapun ia bukan penanda bahawa anak kelahiran Dublin, Ireland ini melupakan terus karier seninya, sebaliknya, wanita berusia 37 tahun ini kembali menjadi pengacara bersama Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang bakal berlangsung 18 November ini.
"Saya mula memperlahankan kerjaya seni selepas berkahwin kerana mahu memberi tumpuan kepada rumah tangga.
"Bagaimanapun suami tidak pernah menghalang saya kembali aktif dan dia pun selalu bertanya bila saya mahu berbuat demikian.
"Cuma saya memilih untuk memanjakan dia dahulu (ketawa)," ujarnya kepada Media Hiburan.
Katanya, tawaran TV3 sebagai pengacara ASK2016 dianggap sebagai 'pemanas badan' untuk kembali aktif.
"Bagaimanapun fokus saya setakat ini hanyalah bidang pengacaraan TV sahaja," katanya.
Berkongsi penglibatannya dalam ASK2016, Sarimah teruja melihat barisan pengacara bersama pada anugerah berprestij itu termasuk Alif Satar sebagai pengacara utama.
"Saya teruja digandingkan dengan beliau dan juga pengacara baharu di dalam industri," jelasnya.
Sarimah, antara sembilan selebriti yang terpilih sebagai pengacara bersama (co-host) yang terdiri daripada Ammar, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza Kool FM, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.
“Walaupun kami ada masa tiga minit saja untuk muncul tetapi tak sabar nak naik pentas. Agak menakutkan juga sebenarnya untuk berada bersama pengacara muda.
"Kami, orang lama lebih kepada freestyle dan tidak terlalu berpandukan skrip. Saya akan gunakan pengalaman yang ada dan berikan yang terbaik pada malam itu," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: