KUALA NERUS - Rumpai laut merah yang dijumpai di sekitar Pantai Kampung Tanjung Gelam di sini disahkan tidak beracun dan berkemungkinan dibawa ombak kuat ketika musim tengkujuh.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Siti Aisyah Abdullah bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kulit supaya tidak memegang rumpai berkenaan.
Menurutnya, fenomena itu bukanlah suatu perkara baharu kerana ia pernah hadir di Pantai Merang, Setiu pada 2003, namun hilang begitu sahaja.
"Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit tidak payahlah usik, mungkin akan ada terasa gatal...ia juga akan berbau busuk kerana ia semakin terurai dan belum sempat kering kerana hujan.
"Kita sarankan jika tidak tahan bau tersebut, ia boleh ditutup atau tanam. Ia tidak beracun. Rumpai laut merah ini boleh hidup paling lama berbanding rumpai laut lain, tetapi pada suatu tahap ia boleh tercabut akibat ombak besar," katanya dalam sidang media di UMT, di sini hari ini.
UMT mengadakan kajian saintifik terhadap rumpai laut yang mengemparkan penduduk sekitar sejak Jumaat lalu itu dan akan mengenal pasti pelbagai faktor yang menyebabkan ia hanyut di kawasan tersebut.
Dr Siti Aisyah berkata pihaknya juga akan membandingkan spesies rumpai tersebut sama ada mempunyai persamaan dengan penemuan 13 tahun lalu.
Beliau bersama empat lagi penyelidik termasuk pelajar UMT akan mengambil masa seminggu untuk membuat kajian dan mengakui ia agak rumit sebelum mengenal pasti jantinanya.
"Ada warna rumpai laut ini yang sudah menjadi putih apabila terkena air tawar, jika terkena hujan lagi ia akan 'basi' atau rosak manakala yang tidak terkena hujan akan kekal warnanya.
"Rumpai ini adalah rumpai laut merah, nama sebenarnya akan ambil masa sedikit untuk kita kaji. Jika dilihat dengan mata kasar ia bagaikan benang tetapi selepas lihat dengan microskop barulah kita tahu namanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: