PEMBABITAN Afifah Nasir dalam radar industri hiburan berlaku secara tidak disengajakan.
Semuanya gara-gara sebuah video yang dimuat naik di laman sosial bergambar Instagram.
Rentetan itu, bakat yang ada pada pemilik nama sebenar Nur Afifah Md Nasir ini mula ‘dirisik’ syarikat produksi tempatan, Global Station Sdn Bhd.
"Sebenarnya, kerjaya seni saya baharu sahaja bermula, sejak awal tahun ini.
"Awalnya, saya tiada jiwa dalam bidang ini kerana saya anggap berlakon itu adalah sesuatu perkara yang agak sukar.
"Namun, apabila di undang untuk menyertai uji bakat, tidak sangka pula saya terpilih," katanya.
Biarpun baharu pertama kali muncul menerusi drama bersiri Aku Bukan Bimbo, Afifah bagaimanapun dia dilihat cemerlang dalam lakonannya.
"Alhamdulillah, bakat saya diterima. Awalnya, saya agak takut untuk mencuba kerana saya tidak rasa ada bakat dalam lakonan.
"Lagipun, saya tidak menghadiri mana-mana kelas lakonan.
"Tapi, setiap apa yang saya lalui merupakan satu proses pembelajaran terutamanya ketika berada di set penggambaran," katanya.
Atas dasar itu, pelakon berusia 23 tahun ini mengakui fokus utama hanya untuk bergelar pelakon berkaliber biarpun mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian.
"Saya tidak kisah untuk menerima apa sahaja tawaran berlakon. Sebagai pendatang baharu, saya tidak cerewet untuk memilih watak.
"Lagipun, saya ini jenis suka mencuba pelbagai karakter tidak kisahlah watak orang gila mahupun psiko.
"Buat masa ini, mungkin rezeki saya lebih pada bidang lakonan, tapi jika ada tawaran menyanyi, saya bersedia melakukannya," katanya.
Lantaran itu, Afifah turut mengambil keputusan menangguhkan niat untuk kembali menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.
"Alhamdulillah, rezeki untuk berlakon semakin melimpah ruah. Itu yang buat saya mahu serius berlakon.
"Awalnya, saya merancang untuk berlakon dalam satu drama sahaja dan kemudian sambung semula belajar di peringkat seterusnya.
"Insya-ALLAH, niat untuk kembali sambung belajar tetap ada, cuma tertakluk pada masa," katanya.
Enggan dibayangi kakak
Lebih beruntung, pemilik nama sebenar Nur Afifah Md Nasir ini merupakan adik kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir.
Menariknya, baik Afifah mahupun Anzalna, kedua-duanya sama cantik dan berbakat besar.
Situasi itu menjadikan kehadiran pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Komunikasi ini sering dibayangi Anzalna yang terlebih dahulu mengukir nama dalam bidang seni.
"Saya ini seorang yang ‘simple’. Biarlah orang mahu bercakap apa sahaja. Saya tidak kisah.
"Saya tiada masalah mengenainya. Apa-apapun, Anzalna tetap kakak saya," katanya.
Bagaimanapun, pelakon drama Tentang Hati 2 ini mengakui perlu bekerja keras untuk membuktikan kredibilitinya sebagai pelakon.
"Apa yang pasti, saya perlu berusaha di atas kaki sendiri untuk berjaya.
"Afifah adalah Afifah dan Anzalna adalah Anzalna.
"Ya, kami adik-beradik tetapi bakat kami berbeza," katanya.
Dalam pada itu, sama seperti Anzalna, Afifah juga mengambil pendekatan untuk lebih bersikap terbuka terutama apabila berbicara mengenai soal peribadi.
"Saya selesa untuk bersikap jujur apabila ditanya mengenai hal peribadi," katanya yang sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki pilihannya.
Dalam perkembangan lain, Afifah bakal muncul dalam drama bersiri, Pengantinku Jatuh Dari Langit yang menggandingkannya dengan Hafreez Adam sebagai teraju utama.
Selain Afifah dan Hafreez, drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Faye Kushairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, Kismah Johar dan Azam Pitt.
Ia bakal bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV) bermula 30 November ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: