TIDAK ada apa yang mahu dijanjikan selain memberikan persembahan tahap terbaik pada pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu Ke-31 (AJL31).
Itulah kata-kata finalis yang terpilih dalam pertandingan berprestij ini.
Tidak dapat dinafikan kebanyakan lagu yang layak pada AJL31 kali ini adalah lagu popular dan memiliki kekuatan tersendiri.
Keputusan yang diumumkan minggu lalu memberi kejutan apabila kebanyakan yang terpilih sememangnya sedang meniti populariti.
Ditambah AJL31 menghimpunkan wajah baharu untuk bersaing di pentas yang gah seperti ini.
Rata-rata finalis yang ditemui berkata, AJL31 akan memberikan kelainan dan sudah pasti persembahan mereka juga diharapkan akan mencetuskan fenomena tersendiri.
Penyanyi Black yang sudah enam kali menyertai AJL mengakui akan berehat daripada sebarang persembahan selama dua minggu sebelum berlangsung AJL bagi memberikan tumpuan sepenuhnya.
“Saya teringin sekali menang sekurang-kurangnya satu anugerah pada malam tersebut memandangkan saya adalah antara peserta paling senior dalam AJL kali ini," katanya yang pernah menggapai Anugerah Vokal Terbaik pada AJL24 menerusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu.
Katanya, setiap peserta mempunyai sasaran untuk dinobatkan sebagai juara, termasuk dirinya sendiri.
"Saya akan cuba buat yang terbaik pada kali ini,” katanya.
Sementara itu, vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad berkata, kumpulannya akan melakukan yang terbaik pada malam tersebut memandangkan tahun lalu, mereka merupakan juara bagi anugerah lagu terbaik.
“Kami tidak menjangka AJL musim lalu adalah milik kami. Apa yang kami mahu hanya membuat persembahan terbaik malam itu nanti.
“Seperti AJL lalu, kami akan cuba buat sehabis baik untuk memberikan yang terbaik bagi menghiburkan juri dan juga penonton,” katanya.
Bagi pelantun lagu Kalah Dalam Menang, Syamsul Yusof dan Mawi tidak menjangka lagu tersebut layak ke AJL31.
“Kami terkejut apabila lagu ini layak ke peringkat separuh akhir. Bagi saya, layak ke AJL merupakan satu bonus untuk kami.
“Mungkin, faktor Mawi World telah membuatkan kami sampai ke peringkat ini. Apapun, kami bersyukur,” katanya sambil berseloroh.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: