WANITA dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, apatah lagi bagi yang sangat menjaga penampilan diri.
Menyedari hakikat tersebut, penyanyi popular, Elly Mazlein menerima pelawaan Neng Geulis apabila dipilih duta jenama pakaian Muslimah.
Kontrak selama setahun ini pastinya perkara yang menggembirakan Elly selepas perjuangannya dalam program Gegar Vaganza terhenti dua minggu lalu.
Mengakui kerjayanya sebagai penghibur menuntutnya untuk tampak menawan sepanjang masa, Elly yang ditemui pada majlis memperkenalkan diri sebagai duta Neng Geulis di Hotel Majestic, terharu di atas kepercayaan melantiknya sebagai wajah wakilan.
“Saya berbesar hati kerana diberi peluang mewakili jenama ini kerana selain rekaan praktikal dan selesai dipakai, ia juga mempunyai keunikan identiti tersendiri yang menjadi inspirasi keyakinan setiap wanita seperti saya.
“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan jujurnya saya menerima pelawaan mereka kerana sedia maklum mengenai rekaan pakaiannya yang sesuai dengan status saya sebagai ibu, wanita berkerjaya dan gemar berfesyen,” katanya.
Tidak sekadar menjadi duta, malah Elly turut berkongsi idea dalam rekaan koleksi pakaian Neng Geulis dalam koleksi terbaharu.
“Saya suka jenama ini kerana ia tidak hanya pentingkan fesyen moden semata-mata, sebaliknya tetap peka terhadap apa sepatutnya dipakai wanita Timur yang sinonim dengan kesopanan.
“Jadi boleh dikatakan, peluang yang datang ini sebagai tepat pada masanya. Kebetulan pula saya merancang untuk kembali memberikan komitmen penuh kepada nyanyian. Tentunya, saya perlu tampak yakin dari segi penampilan di hadapan peminat,” ujarnya lagi.
Neng Geulis yang membawa maksud ‘gadis cantik’ dalam Bahasa Sunda dilancarkan pada 2010 yang lalu dan sehingga kini, label fesyen ini kekal antara teraju utama pembentukan industri fesyen Muslimah tempatan.
Enggan ingat hal negatif
Dalam pada itu, Elly ketika diminta mengulas mengenai imuniti yang diperkenalkan pada program Gegar Vaganza yang diperkenalkan penaja utama, Datuk Seri Vida minggu lalu tidak mahu meletakkan sebarang harapan.
"Saya hanya serahkan kepada mereka yang layak untuk membuat pilihan.
“Saya sedar, ramai beri pelbagai respons kepada saya, lebih-lebih lagi apabila apabila berlaku salah faham saat tersingkir," katanya.
Jelasnya, apa yang pasti, Elly tidak mahu ingat hal negatif lagi.
"Saya akui saat tersingkir, saya sensitif bagaimanapun semuanya selesai cara baik.
“Saya profesional. Sama ada dapat imuniti ataupun tidak, ia terserah kepada Astro dan peminat untuk menilai,” akhiri Elly.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: