Monday, January 18, 2016

Power bank tahan 1000 kali penggunaan



Simpiz iTron
Simpiz iTron
ANDAI punyai tugasan luar dan memerlukan kuasa tambahan bagi telefon, power bank merupakan aksesori penting.
Namun kelemahan utama power bank kerana ia memerlukan masa lama untuk dicas.
Bagi mengatasi masalah itu, Simpiz iTron adalah penyelesaian terbaik buat pengguna.
Mempunyai kapasiti 9000 mAh, ia hanya memerlukan 18 minit untuk dicas sepenuhnya bagi iPhone 6S.
Pengeluar iTron, Simpiz mendakwa sistem pengecasan bateri lebih pantas berbanding QuickCharge 3.0.
Ia menggunakan peranti cip Snapdragon 820 itu boleh dicas sebanyak 1000 kali.
Dilengkapi lapan sistem keselamatan, ia dapat mengelakkan pengecasan kuasa berlebihan atau meletup akibat kerosakan pada telefon.
Power bank itu akan dijual mulai Februari ini dengan harga RM390 seunit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: