Friday, January 29, 2016

Sasar jualan sejuta unit




Sasar jualan sejuta unit
Muhammad Rafi’e (kanan) bersama duta produk Caliph, Fynn Jamal dan Mia Sara
SYARIKAT Raffelina Sdn Bhd optimis produk baharu, Cereal Caliph Nutrition For Eyes mencapai jualan sejuta unit sehingga penghujung tahun ini.
Pengarah Urusannya, Muhammad Rafi’e Ramli berkata, sasaran tersebut diyakini selepas produk pertamanya, Jus Caliph mencecah jualan sejuta botol dalam tempoh tujuh bulan.
“Bagi tahun ini pula, kami sasar jus Caliph mencapai jualan sebanyak dua juta botol sekali ganda jualan tahun lepas.
“Seperti produk pertama, bijirin ini sangat digemari kanak-kanak dan jenama dipercayai ibu bapa,” katanya pada majlis pelancaran produk baharu itu, semalam.
Produk tersebut membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak dengan harga RM55 sebungkus.
“Setiap bahan terkandung dalam bijirin mempunyai keistimewaan tersendiri bagi membantu kanak-kanak membesar dengan sihat.
“Bijirin ini mengandungi beta karotena, susu kambing dan maltodextrin dijamin halal,” katanya.
Menggunakan konsep pengedar bagi strategi penjualan, Muhammad Rafi’e percaya ia lebih efektif dan kini meliputi 85 peratus pasaran Malaysia.
Bukan sahaja menembusi pasaran Thailand, produk Caliph kini dalam proses ke Singapura dan Brunei.
“Kami hanya memfokuskan produk kanak-kanak sahaja dan tempoh 10 tahun akan datang pelbagai produk baharu diperkenalkan.
“Buat masa ini, kami mengeluarkan produk makanan tambahan dahulu kemudian menumpukan produk keperluan  kanak-kanak seperti lampin pakai buang,” katanya.
Sementara itu, pelakon cilik popular, Mia Sara dan penyanyi, Fynn Jamal dilantik sebagai duta rasmi produk Caliph.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: