Azizani menunjukkan chicken chop yang dijual di premisnya di tepi bangunan pasaraya Pantai Timur bandar Jertih.
DALAM situasi ekonomi hari ini, ramai yang berhati-hati untuk menikmati makanan ala barat di restoran kerana sinonim dengan harga mahal berbanding makanan selera tempatan lain.
Namun, tidak semua pengusaha kedai makan mengenakan harga mahal untuk makanan ala barat termasuk warung diusahakan pesara tentera, Azizani Ab Ghani,44, apabila menjual chicken chop dengan hanya RM3.90 sepinggan.
Harga itu diperkenalkannya sejak mula membuka perniagaan kedai makan sejak awal November tahun lalu yang terletak di tepi Pasar raya Pantai Timur, bandar Jertih, Terengganu.
“Walaupun harga murah tetapi saiz ayam adalah biasa, lengkap dengan hidangan kentang goreng, mayonis, salad dan sos enak.
“Chicken chop hanya menu sampingan kerana menu utama mi sizzling, tetapi sekarang ia menjadi pilihan kerana harga murah,” katanya.
Walaupun harga murah, namun dia tidak berkompromi dari segi rasa kerana kelazatan dan kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan.
Chicken chop yang dijual di premisnya kini mendapat sambutan khususnya di kalangan kakitangan dan pelanggan pasar raya.
“Harga rendah dan keenakan rasa membuatkan ia menjadi pilihan setiap hari,” katanya yang turut menyediakan menu kerapu maggie dengan harga istimewa.
Premisnya beroperasi setiap hari termasuk hari Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, dibantu dua pekerja termasuk adiknya.
Meskipun hampir kesemua harga bahan mentah meningkat namun dia masih mampu menjual dengan harga itu kerana ingin memastikan pelanggan dapat menikmatinya biarpun memperoleh untung kecil.
“Disebabkan untung kecil, saya terpaksa hadkan pembelian kepada yang membuat pembelian minimum tiga bungkus," katanya.
Mi sizzling juga enak dan masih harga murah berbanding tempat lain. Untuk sizzling biasa (tanpa telur) hanya RM5.50 sepinggan. Manakala sizzling spesial (telur) hanya RM6 sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: