Wednesday, January 27, 2016

Hong Soo Hyun Sambung Kontrak Dengan Keyeast




Hong Soo Hyun menyambung kontrak bersama syarikat pengurusannya Keyeast.
AKTRES Korea Hong Soo Hyun nampaknya masih lagi setia dengan agensinya iaitu Keyeast.

Soo Hyun mula bernaung di bawah Keyeast sejak tujuh tahun lalu dan untuk tahun ini, dia masih lagi meneruskan kontraknya dengan syarikat pengurusan tersebut.

"Keyeast dan Soo Hyun mudah bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain.

"Pihak kami berjanji akan menyokong dan menguruskan kariernya sebaik mungkin," kata Pengarah Urusan Keyeast, Yang Geun-hwan.

Selain Soo Hyun, syarikat berkenaan mempunyai seramai 33 artis residen termasuklah aktor, Bae Yong Joon, Goo Ha Ra, Park Seo Joon dan Lee Hyun Woo.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: