Thursday, January 28, 2016

Ular dalam bonet enjin




Ular dalam bonet enjin
JPAM menangkap ular tedung selar dalam enjin sebuah kereta milik penduduk di RKT Kesedar Jeram Tekoh.
GUA MUSANG - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menangkap seekor ular tedung selar yang bersembunyi dalam bonet enjin kereta milik seorang penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, petang kelmarin.
Pegawai JPAM Daerah, Mohd Yussalmi Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai perkara itu daripada seorang pemilik kereta, Mohd Sufian Ismail, 43, kira-kira jam 4.45 petang.
Beliau berkata, tiga anggota diarah untuk ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap ular itu 15 minit kemudian dan ular tedung selar itu dipercayai masuk dalam enjin kereta Proton Wira lebih awal lagi.
Katanya, pemilik kereta itu menyedari ular masuk dalam enjin keretanya selepas ternampak ular berkenaan berada di atas jalan raya di depan rumahnya pada mulanya.
“Apabila ular itu masuk dalam kereta melalui lubang bawah enjin, dia bersama penduduk kampung cuba menangkapnya tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi kami. Kereta Proton Wira yang dimasuki ular itu di parkir di depan rumah dan dipercayai telah beberapa hari tidak bergerak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: