Thursday, January 28, 2016

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji Julai ini



Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 di Pusat Konvensen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
PUTRAJAYA - Kakitangan awam dijamin akan terus menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan pada Julai nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas Pengubahsuaian #Bajet2016 di sini, hari ini.
Menurut Najib lagi, kenaikan tersebut kekal dalam peruntukan #Bajet2016 sebelumnya dan tidak akan diubah demi kebajikan kakitangan awam di negara ini.
Najib dalam pada itu turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk bagi yang dilantik secara kontrak.
Jelasnya, pengubahsuaian yang dilakukan tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak‎ akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: