Sunday, January 24, 2016

Pengiat Seni Dipelawa Ke Ujibakat 'Worldstar: Road To Hollywood'




Antara barisan artis yang terlibat dalam program 'Worldstar: Road To Hollywood'.
PETALING JAYA: Program Worldstar: Road To Hollywood atau Impian ke Hollywood kini kembali semula dengan membuka penyertaan menerusi sesi ujibakat yang bakal berlangsung pada Mac hingga April depan.

Penasihat program Datuk Aziz Singah berkata, program ini mencari individu yang berbakat dalam lima bidang seni iaitu vokal, tarian, muzik, peragaan dan lakonan.

"Penyertaan ujibakat terbuka kepada semua warganegara dan permastautin tetap berumur 13 hingga 29 tahun.

"Kategori yang akan dipertandingkan iaitu, Vokal, Tarian, Peragaan, Lakonan dan Muzik. Peserta boleh bertanding solo atau berkumpulan tetapi tidak melebihi 6 peserta," ujarnya.
Sesi ujibakat akan bermula pada 5 & 6 Mac di Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah, 12 & 13 Mac di Johor Bahru, Johor, dan 19 & 20 Mac di Kota Kinabalu Sabah.
Manakala,  26 & 27 Mac di Kuala Lumpur dan 2 & 3 April di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak.

Sementara itu, peringkat akhir akan diadakan pada 9 April depan di Kuala Lumpur.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM90 seorang.

"Setiap peserta perlu membawa minus one lagu masing-masing dan peralatan muzik sendiri bagi kategori muzik.  
"Disyorkan juga peserta membawa lebih daripada satu lagu dan membuat persedian rapi untuk memaksimakan peluang ini," ujarnya.

Segala perbelanjaan persedian dan penyertaan adalah diatas tanggungan peserta sendiri.

Program ini turut mnedapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sejak tahun 2008.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: