Wednesday, January 27, 2016

Dua wartawan Sinar Harian terima sijil penghargaan




Dua wartawan Sinar Harian terima sijil penghargaan
Sarinah (kiri) dan Nor Aina semasa menerima sijil penghargaan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Turut kelihatan Norazam (dua, kanan) dan timbalannya, Johari.
SEREMBAN - Dua wartawan Sinar Harian, merupakan antara lapan penerima sijil penghargaan media dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, sempena Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, di Ibu Pejabat Seremban 2, dekat sini hari ini.
Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Norazam Khamis, kepada Ketua Wartawan Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim dan Skuad Tampin/ Rembau, Nor Aina Hamzah.
Menurut Norazam, kerjasama antara media dan pihaknya sangat diperlukan dalam membantu menyiarkan maklumat yang lebih tepat serta terkini, mengenai kejadian yang berlaku.
Katanya, liputan yang diberi secara menyeluruh turut membantu meningkatkan prestasi jabatannya, selain turut sama memperkembangkan lagi usaha yang dilaksanakan Jabatan Bomba kepada masyarakat.
Agensi media yang turut menerima penghargaan adalah akhbar Harian Metro, Bernama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Sembilan, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily dan TV9.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: