Wayan Sumardana dan tangan bionik ciptaannya.
BALI - INDONESIA. Seorang lelaki warga Indonesia yang lumpuh tangan kiri mengatasi kekurangannya itu dengan menghasilkan sendiri tangan bionik.
Wayan Sumardana, 31, yang memiliki bengkel kimpalan di Bali menderita penyakit strok sejak enam bulan lalu sehingga menyebabkan tangan kirinya lumpuh.
Memetik Reuters, kekurangannya itu menghalangnya untuk bekerja dan menyara keluarganya itu menyebabkan Wayan mencipta alat tersebut.
Wayan menghasilkan pendakap lengan dengan bahan dan kepingan logam terpakai yang diperoleh dari bengkel miliknya itu.
Menurut Wayan, pendakap itu disambung ke gear kepala yang memindahkan tenaga yang didorong oleh fikiran ke lengan bioniknya itu
Walaupun ciptaannya tidak mempunyai sokongan saintifik, namun ia telah menjadikan dia seorang selebriti tempatan malah dia turut digelar "Iron Man" Indonesia.
Kisahnya yang menjadi inspirasi ramai kerana dia mampu mengatasi kecacatannya iru untuk menyara keluarga.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak mendakwa ciptaannya itu adalah palsu.
Sementara itu memetik media tempatan, Gabenor Bali yang tertarik dengan ceritanya itu turut mengadakan lawatan serta menyumbangkan AS$3600 (RM16,301) untuk mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: