Chris Martin
PENYANYI Coldplay, Chris Martin,38, mengatakan bahawa beliau mengamalkan amalan berpuasa sekali seminggu bagi menjaga kesihatan dirinya.
Memetik laporan ABCNews.com Martin dilaporkan berkata, amalan berpuasanya itu mengikut saranan doktor pakar.
"Saya selalu berpuasa sekali seminggu. Walaupun bukan secara sepenuhnya menahan lapar, saya tetap minum air kosong untuk menjaga kestabilan tubuh.
"Saya melakukannya atas nasihat doktor," katanya dalam temu bual bersama radio Fresh 102.7.
Dalam pada itu, Martin berkata, amalan berpuasa itu banyak memberinya manfaat terutama kepada tubuh badanya.
"Waktu itu saya mengalami sakit yang agak teruk. Doktor menyarankan saya tidak makan untuk satu hari sahaja.
"Sebaik mencubanya, badan saya terasa ringan apabila sistem dalaman dapat direhatkan," katanya
Bukan itu sahaja, katanya rutin yang sudah biasa diamalkan itu membuatkan beliau semakin selesa ketika menyanyi selain lebih berlapang dada dalam mengharungi kehidupan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: