PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan sebanyak tiga peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bermula Mac ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sebagai langkah pertama dalam pengubahsuaian #Bajet2016 yang diumum pada hari ini.
Menurut Najib lagi, pengurangan tersebut hanya diperuntukkan terhadap caruman individu, manakala caruman KWSP bagi pihak majikan pula diteruskan seperti biasa.
"Ini bakal memberi manfaat kepada seluruh pekerja di negara ini terutamanya bagi sektor swasta," katanya ketika menyampaikan ucapan pembentangan baharu #Bajet2016 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, kerajaan juga turut memberikan potongan cukai sehingga RM 2,000 kepada individu yang berpendapatan bawah RM 8,000.
Kata Najib lagi, ia akan menyebabkan kerajaan kehilangan sehingga RM 350 juta hasil kutipan, bagaimanapun memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: