Thursday, January 28, 2016

Black Tuesday landa Perancis



Black Tuesday landa Perancis
Pemandu teksi menyekat laluan ke Lapangan Terbang Roissy Charles-de-Gaulle di Roissy-en-France di luar BUNDY Paris.
PARIS - PERANCIS. Seluruh Perancis dilanda gelombang protes dan mogok terbesar digelar Black Tuesday yang turut disertai 5.6 juta penjawat awam sehingga menjejaskan kebanyakan pengangkutan awam termasuk jadual penerbangan, kelmarin.
Beberapa pengkritik melihat ia sebagai cabaran terbaharu kepada Presiden Francois Hollande memandangkan negara itu kini sedang bergelut dengan pertumbuhan ekonomi perlahan selain mencatatkan kadar pengangguran tinggi.  
Menurut polis, kira-kira 20 individu yang dipercayai ada kaitan dengan mogok di ibu negara turut ditahan.
Sekumpulan pemandu teksi dilaporkan bertindak membakar tayar bagi membuat halangan di beberapa laluan dan lebuh raya utama menuju ke Paris sebagai membantah persaingan tidak adil dengan syarikat pengangkutan berpusat di Amerika Syarikat (AS), Uber dan perkhidmatan teksi persendirian tidak berlesen.
Difahamkan, puluhan pemandu teksi juga cuba untuk berarak, namun pihak berkuasa menyuraikan mereka dengan gas pemedih mata.
Dalam insiden berasingan, sekumpulan guru turut menyertai mogok menuntut bayaran gaji lebih tinggi, pembaharuan pendidikan dan keadaan persekitaran tempat kerja lebih baik.
Isnin lalu, kira-kira 200 petani di Reims di timur Paris membuat sekatan sebagai tanda perpaduan dengan peladang di utara-barat Brittany.
Media tempatan melaporkan kumpulan petani terbabit bertindak menghalang laluan utama dengan traktor dan membakar tayar sebagai protes terhadap harga rendah ke atas produk daging serta tenusu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: