PENYANYI terkenal Mariah Carey terpaksa menangguhkan hasrat untuk berkahwin dengan teman lelakinya, James Packer biarpun pasangan itu mengesahkan sudah bertunang pada 21 Januari lalu.
US Weekly melaporkan, secara teknikalnya Mariah, 46, masih bergelar isteri kepada Nick Cannon biarpun telah berpisah hampir dua tahun lalu.
Kes perceraian pasangan itu masih belum diselesaikan selepas Nick dikatakan tidak berpuas hati dengan pampasan yang bakal diterimanya.
Mariah tetap dengan pendiriannya untuk tidak membayar jumlah diminta suaminya itu memandangkan mereka telah menandatangani perjanjian pra-perkahwinan.

Mariah dan Nick menyambut krismas bersama anak-anak mereka baru-baru ini.
Nick, 35, memfailkan perceraian terhadap Mariah pada Disember 2014 selepas enam tahun berkahwin.
Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Monroe dan Moroccan yang kini berusia empat tahun.
Sementara itu, James juga dilaporkan masih belum bercerai dengan isterinya, Erica Packer biarpun sudah berpisah sejak 2013.
Terdahulu, Nick sempat mengucapkan tahniah kepada Mariah dan James di laman Instagram miliknya selepas berita pertunangan pasangan berkenaan tersebar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: