
BERITA gembira buat pengguna peranti Apple kerana syarikat terkemuka itu menawarkan kemas kini iOS 9.3 Preview lebih menarik berbanding sebelum ini.
Pengguna kini berpeluang untuk menerokai fungsi baharu dengan sokongan Siri dalam Bahasa Melayu.
Siri baharu ini merupakan sokongan pembantu pintar dari Apple, membolehkan pengguna membuat beberapa tugasan dan peringatan dengan mudah.
Pengguna juga boleh melakukan pelbagai carian pintar selain menambah jadual kalendar dan sebagainya.
Selain iOS 9.3 Beta, ia turut ditambah dengan sokongan Night Shift, Quick Actions dan beberapa fungsi baru lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: