SELEPAS bergandingan dalam lakonan filem Equals tahun lalu, pelakon Kristen Stewart dan Nicolas Hoult dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta.
Walaupun khabar angin itu dinafikan kedua-dua belah pihak, namun kelakuan mereka seperti menegakkan benang yang basah.
Menurut sebuah laporan portal hiburan hollywood, pasangan ini sering kelihatan menghabiskan masa bersama.
“Sebenarnya sebelum terlibat dengan filem tersebut lagi mereka telah bersama.
“Namun mereka masih belum bersedia ke tahap lebih serius memandangkan masing-masing sibuk dengan komitmen.
“Mereka berdua memiliki ikatan cinta yang kuat menjadikan hubungan ini masih bertahan sehingga sekarang,” menurut sumber Radar Online.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: