
Asus Zenfone Zoom
ASUS Malaysia melancarkan telefon pintar baharu Asus Zenfone Zoom yang lebih memfokuskan kepada penggemar fotografi.
Dijual dengan harga RM2,099 pada penghujung Januari ini, Asus menekankan telefon pintar tersebut paling nipis di dunia dengan sokongan zoom optikal sehingga 3 kali dan kamera 13 megapiksel PixelMaster.
Ia turut dilengkapi kamera belakang dengan fungsi autofokus pantas berasaskan laser dan sokongan penstabilan imej optik.
Telefon itu menawarkan pengalaman penggunaan seumpama DSLR namun boleh dibawa ke mana sahaja dalam bentuk lebih kompak.
Zenfone Zoom juga mempunyai sokongan rakaman manual dan kebolehan merakamkan gambar makro.
Dari segi spesifikasi pula, ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom 2.5Ghz, memori 4GB RAM dan ruangan storan 128GB.
Integrasi kad mikro SD turut disertakan bagi memudahkan pengguna memperluaskan ruangan storan tambahan sehingga 64GB muatan serta 5 megapiksel bagi kamera hadapan.
Ia turut didatangkan bersama bateri berkapasiti 3000mAh dengan sistem operasi Android dan antara muka ZenUI.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: