Thursday, January 14, 2016

Murid bawah 7 tahun celik al-Quran



Murid bawah 7 tahun celik al-Quran
Penduduk yang menjayakan Program Khatam al-Quran dan Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Mukim Wakaf Raja.
PASIR PUTEH - Pusat Transformasi Luar Bandar Mini (Mini RTC) Teratak Batu bekerjasama dengan Majlis Mukim Wakaf Raja dalam menjayakan Program Khatam al-Quran dan Sambutan Maulidur Rasul, baru-baru ini.
Pengurus Mini RTC Teratak Batu, Suzieyana Jusoh berkata, pada program itu, seramai 11 Muslimat dan 10 kanak-kanak  berjaya khatam al-Quran.
Katanya, selain khatam al-Quran, kanak-kanak juga bertahajud di masjid berkenaan serta Muslimat dan golongan dewasa mengikuti kelas fardu ain.
“Program  disertai 100 penduduk dan kita berbangga kerana mendapati lima murid bawah tujuh tahun celik al-Quran,” katanya.
Turut hadir, imam masjid itu, Shahifudin Abdullah, Pengelola Halaqat Pasir Puteh, Rahmat Ibrahim dan Penggawa Daerah Bukit Awang, Mat Lazim Mohamad.
Suzieyana berkata, program itu menggalakkan penduduk daripada pelbagai lapisan usia mendekati masjid dan mendalami al-Quran.
“Mini RTC ini berperanan sebagai penghubung masyarakat luar bandar dalam komuniti kecil dengan aktiviti yang memberi nilai tambah yang tinggi.
“Saya harap kerjasama Mini RTC dengan pelbagai pihak  berterusan kerana kita semua mesti membantu mempercepatkan transformasi luar bandar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: