Khairunnisa mencari ayah kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu.
KUANTAN – Seorang bakal pengantin sedang mencari bapa kandungnya, Khairul Hassan yang terpisah sejak dia berumur 11 tahun untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.
Khairunnisa, 22, berasal dari Lanchang yang bakal melangsungkan perkahwinan di Parit Raja, Gersik, tidak pernah melihat wajah ayahnya kerana dibesarkan ibu sejak kecil.
“Dah puas saya cari ayah, tapi tak jumpa. Sejak berpisah dengan ibu, kami terputus hubungan.
“Puas saya usaha tanya saudara mara... tak tahu lagi di mana nak cari ayah. Jadi, sebab tu saya terpaksa guna media untuk cari ayah dan harap saya dapat jumpa dia,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Khairunnisa membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk kebenaran menggunakan wali hakim sekiranya tiada sebarang maklumat diperoleh mengenai ayah kandungannya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai bapa kandung Khairunnisa dapat hubunginya menerusi talian 0113378271.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: