Sunday, April 20, 2014
Penumpang cemas bas terbalik
TEMERLOH – Sejumlah 28 penumpang termasuk pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas berkenaan terbalik di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Temerloh dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, enam penumpang bas Ekspres Etika yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur mengalami kecederaan di mana tiga daripadanya dilaporkan parah termasuk seorang bayi berusia 11 bulan.
Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan dan kiri bas berkenaan remuk teruk dan kesemua cermin bas pecah, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Nahas itu berlaku genap seminggu selepas kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang mengorbankan tiga penumpang di Kilometer 11 Jalan Bentung-Raub, Bentong dekat sini, 12 April lalu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik ke dalam longkang sebelah kiri jalan.
“Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan enam orang ditahan di wad yang mana tiga daripada mereka cedera parah manakala enam orang lagi termasuk pemandu bas diletakkan di bawah pemerhatian.
“Mangsa yang cedera parah ialah dua orang lelaki Melayu berusia 28 dan 39 tahun serta seorang bayi lelaki berusia 11 bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: