- Ana Raffali
NAMA Ana Raffali seolah-olah tenggelam walaupun penyanyi yang bakatnya dicungkil melalui laman sosial Youtube ini pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 2010 dan juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL) pada 2011.
Jika sesetengah artis lain gelisah tanpa liputan media untuk menaikkan nama dan populariti mereka, namun tidak bagi artis yang berusia 29 tahun ini.
Menganggap jarang muncul di media massa sebagai suatu hikmah, Ana Raffali atau nama penuhnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali bersyukur kerana sokongan peminat masih kuat, terutamanya selepas kemenangannya dalam AJL.
“Alhamdulillah, kejayaan di AJL memberi saya peluang untuk mendekati masyarakat ketika membuat persembahan di seluruh negara.
Saya bersyukur peminat sentiasa menyokong kerjaya saya walaupun jarang sekali disebut-sebut di media massa.
“Saya melihatnya sebagai nikmat apabila tiada kontroversi yang melibatkan diri. Apa-apa pun, saya bukan hanya seorang penyanyi, saya punya banyak matlamat dan sedang berusaha untuk mengembangkan lagi potensi diri dan menyumbang kepada bidang lain,” katanya.
Seperti yang sedia maklum, bakat nyanyian Ana ditemui oleh komposer terkenal Aidit Alfian yang menonton rakaman nyanyiannya di Youtube dan tertarik untuk mengambilnya sebagai penyanyi pertama di bawah syarikat rakaman Aidit Alfian Records.
Dengan fenomena ‘artis Youtube’ yang diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai orang melabelkan penyanyi yang lahir dari medium itu sebagai artis mi segera.
Tampil menjawab kenyataan itu, Ana menyifatkan label itu sebagai berat sebelah kerana menganggap seolah-olah kesungguhan artis Youtube dinafikan dalam mencapai kejayaan dalam bidang muzik.
“Label itu tidak adil. Seolah-olah mengabaikan usaha yang telah mereka berikan dalam menampilkan bakat masing-masing. “Saya percaya ramai antara kita punya potensi yang besar untuk memajukan industri. Yang paling penting adalah usaha berterusan dari setiap individu,” katanya.
Apabila diajukan soalan mengenai akaun Youtubenya, Ana tidak menafikan ada mempunyai rancangan untuk kembali memuat naik rakaman baru di laman tersebut.
“Saya bermula dari situ. Mungkin sekadar suka-suka atau melepaskan rindu, saya akan usahakan,” jelasnya yang meminati biduanita tersohor Datuk Siti Nurhaliza dan komposer hebat Datuk M. Nasir.
Kemenangan besar dalam AJL menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku yang digubah dan ditulisnya sendiri membuktikan bakat seni Ana Rafalli bukan sahaja dalam bidang muzik dan nyanyian, malah penulisan.
Sudah tentu peminat artis jelita yang sudah berhijab selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Ahmad Aznaim Abdullah, ini ternanti-nanti akan buah tangan baharunya setelah agak lama sepi tanpa khabar berita.
Apa yang menarik, buah tangan terbaharu yang ditampilkan Ana kali ini bukan dalam bentuk lagu tetapi buku.
Bertajuk #24Minggu, buku yang ditulis sepenuhnya oleh Ana Raffali itu merupakan sebuah novel puisi yang diterbitkan oleh Sang Freud Press.
Uniknya, #24Minggu menceritakan perjalanan seorang gadis dalam mengenal cinta dan mencari pelengkap hidupnya, dalam masa yang sama gadis ini percaya dia telah disumpah untuk merasa bahagia bersama satu cinta tidak lebih dari 24 minggu.
Menurut Ana, untuk mengetahui jalan cerita buku ini, pembaca boleh membacanya dari muka surat pertama hingga akhir atau memilih secara rawak kerana setiap puisi membawa makna dan boleh berdiri dengan sendiri.
“Saya memilih untuk membentangkan kisah ini menggunakan puisi seperti sajak, pantun dan sebagainya berbanding prosa biasa.
“#24Minggu menjelajah segenap perasaan yang mungkin pernah atau belum lagi dirasai bagi seseorang yang sedang dilamun cinta,” katanya.

Walaupun umum mengenali Ana sebagai penyanyi, pelantun lagu popular Kalau Berpacaran ini menjelaskan dia memang suka mengarang cerita sendiri sejak zaman sekolah, malah minat mencipta lagu juga mendorong cita-citanya untuk menjadi seorang penulis.
“Bermula dengan menulis puisi, saya kemudian bereksperimentasi dengan menyusun kata-kata yang telah saya tulis menjadi lagu.

“Jadi, boleh dikatakan minat saya pada dunia kata-kata dalam puisi yang membakar semangat saya untuk menjadi seorang penulis lirik yang baik,” jelasnya membuka rahsia kepada kejayaan lagu yang dihasilkannya.
Akui Ana, buku yang ditulis berkat dorongan dan galakan suami serta rakan-rakan dalam bidang penulisan dan penerbitan ini turut menjadi pemangkin perjalanan karier seninya.
“Menghasilkan buku ini telah banyak memberi peluang untuk saya memperbaiki diri sebagai seorang penulis lirik. Saya yakin usaha saya dalam lagu-lagu akan datang mampu menampilkan sisi yang lebih menarik.

“Matlamat saya selepas ini ialah melengkapkan album yang tertangguh,” katanya yang pernah tampil dengan album sebelum ini bertajuk ‘Ketika Aku Kecil’.
Jiwa pendidik Ana
Memiliki ijazah dalam bidang TESL atau pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, tidak hairanlah Ana dijadikan idola oleh ramai peminat kerana bukan sahaja berbakat tetapi berpelajaran tinggi.
Bercerita tentang perancangan masa depan, naluri pendidik Ana masih kuat dan impian untuk menerokai bidang ilmu pengetahuan tersebut tidak pernah padam.
“Sekarang ini, selain menulis lagu untuk orang lain, saya juga sentiasa membaca bahan-bahan ilmiah yang bersangkut-paut dengan ijazah TESL yang saya miliki.
“Walaupun saya bukan seorang guru Bahasa Inggeris ketika ini, saya merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya menjalankan penyelidikan tentang penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah,” katanya.
Penulis yang baik lazimnya seorang yang suka membaca. Setuju dengan pendapat tersebut, Ana menyatakan dia membesar dengan buku-buku dan suka membaca sehingga layak digelar ulat buku.
“Saya tidak boleh duduk bersahaja tanpa membaca. Saya akan mengambil peluang untuk membaca ketika menunggu untuk persembahan atau ketika berehat, dan dalam kereta ke mana-mana. Kalau ada lencana ulat buku semestinya saya pangkat kapten.
“Saya meminati puisi dan gaya penulisan Allahyarham T. Alias Taib dan Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Buku yang paling saya suka daripada mereka adalah Seberkas Kunci dan Sajak-sajak Sejarah Melayu,” katanya.
Suami penyokong utama
Sudah tentu ramai yang sudah mengetahui kisah cinta Ana Raffali dengan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah yang memeterai perkahwinan mereka pada tahun 2012.

Berkahwin dengan pengurus peribadi merangkap sahabat baiknya sendiri, tidak hairanlah Ana mendapat sokongan penuh daripada suaminya dalam kerjaya seni.
Oleh itu, tidak timbul isu karier nyanyian perlahan disebabkan status berkahwin bagi penyanyi yang terkenal dengan trademark memakai baju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan ini.
“Suami saya adalah peminat saya yang utama. Beliau bagi galakan dan dorongan sepanjang kerjaya saya. Beliau sentiasa menyokong usaha saya dalam pelbagai bidang,” jelasnya.
Walaupun belum dikurniakan rezeki anak, pasangan ini semakin bahagia dan memberi semangat kepada Ana untuk meluaskan bakatnya merangkumi pelbagai bidang, terutamanya penulisan yang menjadi fokus utamanya kini.
Buku pertama tulisannya, #24Minggu boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 dan dilancarkan di Pentas Utama pada jam 5 petang pada 25 April ini.
Pembaca juga boleh menghubungi akaun Twitter @anaraffali untuk mendapatkan buku itu berserta tandatangan eksklusif daripada Ana Raffali sendiri.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: