KUALA LUMPUR: Peserta Zam diumumkan sebagai juara program Skool of Lawakmusim pertama yang berlangsung di Megastar Arena di sini, malam Jumaat.
Kemenangan itu membuatkan Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam Zaaffar, 26, membawa pulang wang sejumlah RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Fiza (FilzahAzmi), 25, dengan membawa pulang sebuah trofi berserta wang tunai RM50,000.
Manakala tempat ketiga jatuh kepada One atau Mohd Hazwan Mohd Azani, 27, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.
Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak).
Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai Prof Abdul Razak Mohaideen, Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor manakala 30 peratus daripada undian penonton.
Selain Fiza, One dan Zam, tiga peserta lain yang beraksi di pentas akhir ialah Mail atau nama sebenarnya Ismail Abdullah, 36, Azmi (Nor Azmi Ibrahim), 39 dan Yus (Mohd Yusrishah Tapah), 25.
Pada malam peringkat akhir menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar iaitu tema bebas bersama artis jemputan, muzikal dan komedi stand up.
Cabaran-cabaran tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk membuktikan kemampuan mereka bermain dengan set dan penggunaan pentas.
Skool of Lawak disiarkan setiap hari Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: