- Gambar sekadar hiasan.
SETIU - Seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dia hampir pengsan akibat ditampar oleh seorang guru hanya kerana menyanggul rambut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di daerah ini, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 14 tahun berada di surau sebelum didatangi seorang guru wanita.
Menurutnya, guru terbabit kemudian didakwa bertindak menampar pipi dan memukul kepala mangsa beberapa kali.
“Guru tersebut bertindak sedemikian kerana marah dengan tindakan mangsa menyanggul rambut di belakang.
“Sebelum ini, guru terbabit pernah beberapa kali menegur sanggul mangsa yang dikatakan terlalu besar dan mungkin tidak dapat menahan marah, dia bertindak sedemikian,” katanya.
Kata sumber, mangsa rebah dan hampir pengsan, namun bernasib baik apabila sempat dipegang beberapa rakannya yang turut berada di tempat kejadian.
Kejadian itu juga menyebabkan mangsa mengadu sakit di leher dan kepala selain berdengung di telinga kanan.
"Apabila pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia dibawa ke Hospital Setiu dan hasil rawatan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya bengkak di pipi kanan.
"Bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chalok untuk tindakan lanjut. Difahamkan guru terbabit yang menetap di Seberang Takir masih gagal dihubungi,” kata sumber.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: