Friday, April 25, 2014

Bimbang ancaman buaya ganas



KALIT (kanan) dan rakannya, Norafandi Wagiman menunjukkan lokasi kelibat buaya dilihat di Sungai Sarang Buaya, Parit Bugis, Sungai Balang dekat Muar, Johor semalam.


MUAR - Kelibat seekor buaya di Sungai Sarang Buaya di Parit Bugis, Sungai Balang dekat sini menjadi kebimbangan penduduk kemungkinan ia bakal mengancam keselamatan mereka.
Manakan tidak, masih ramai kanak-kanak mandi di sungai tersebut selain ia menjadi lokasi kaki pancing yang gemar memancing udang dan ikan toman yang banyak terdapat di situ.
Pada 16 Mac lalu, seekor anak buaya sepanjang kira-kira dua meter berjaya ditangkap selepas reptilia itu tersangkut mata kail pancing milik seorang penduduk, Kalit Morsid.
Kalit, 55, ketika ditemui semalam berkata, selepas anak buaya seberat 80 kilogram itu diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, dia menemui seekor lagi buaya dipercayai ibu kepada reptilia tersebut di tebing sungai yang sama.
Ceritanya, dia percaya buaya itu sedang berkeliaran mencari anaknya, namun kelibatnya hanya dilihat beberapa minit sebelum reptilia itu tenggelam dalam air lalu hilang.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: