
SEKUMPULAN pelancong tempatan yang
pertama menggunakan pakej pelancongan Choo Choo Langkawi tiba di Stesen
Keretapi Arau, Perlis semalam.
ARAU – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) semalam melancarkan pakej pelancongan baharu yang dikenali sebagai Choo Choo Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara menggunakan perkhidmatan kereta api.
Pengerusinya, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, menerusi pakej pelancongan selama tiga hari dua malam itu, para pelanggan berpeluang merasai pengalaman melihat panorama hutan belantara, sawah padi yang luas terbentang termasuk suasana kampung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: