- Ruang dapur tempat Zaharah memasak untuk keluarganya.
DUNGUN - Gara-gara kemiskinan hidup, seorang ibu empat anak terpaksa menjadikan sebuah pondok usang yang berdindingkan kanvas terbuang dan berlantaikan tanah sebagai tempat berlindung mereka sekeluarga.
Biarpun sukar dipercayai, itulah hakikat kehidupan yang terpaksa dilalui seorang ibu miskin, Zaharah Ismail, 28, bersama keluarganya yang tinggal di atas tanah rizab jalan, dekat Kampung Padang Pulut.
Menurut Zaharah, dia terpaksa tinggal di pondok usang itu selepas diarah keluar dari rumah sewanya kerana gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah yang berjumlah RM150 sebulan.
Kemiskinan tambah menghimpit keluarganya apabila suami, Johari Ahmad, 28, tidak dapat melakukan kerja berat kerana cedera selepas terjatuh dari bumbung rumah ketika melakukan kerja pertukangan di tempat kerjanya dekat Paka, kira-kira dua tahun lalu.
"Fikiran saya buntu selepas suami hilang sumber pendapatan, saya langsung tak ada duit nak bayar kos rawatan suami, nak jelaskan tunggakan sewa rumah lagilah tak ada. Akibatnya kami dihalau keluar," katanya.
Memikirkan nasib empat anaknya berusia antara 6 bulan hingga 10 tahun, Zaharah dan suaminya yang sudah tidak mempunyai tempat berteduh akhirnya membina pondok sementara diperbuat daripada kayu terbuang dan kanvas di atas tanah rizab jalan di tepi jalan utama Dungun-Bukit Besi, bersebelahan Sekolah Kebangsaan Padang Pulut.
Jual kuih sara keluarga
Bagi memastikan anak-anaknya tidak kelaparan, Zaharah mengambil inisiatif membuat kuih dan menjualnya di Pasar Besar Dungun.
Walaupun pendapatan diperoleh tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan harian membeli beras.
Kata Zaharah, meskipun terpaksa menjalani kehidupan seperti itu, dia reda dengan ujian Tuhan, malah sama sekali tidak akan patah semangat mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
“Tempat tinggal kami tak layak dipanggil rumah, mana ada orang yang sanggup tinggal di pondok seperti kami. Tapi nak buat macam mana, hanya ini yang kami mampu,” luahnya hiba.
Pondok tak selamat
Zaharah berkata, lebih menyedihkan apabila tiba musim hujan, pondok usang yang berlantaikan tanah itu dimasuki air menyebabkan empat anaknya, Mohd Aril Ikmal, 6 bulan, Mohd Arif Iman Shahrullah, 7, Mohd Anif Hairizah, 8, dan Mohd Aniq Zikri, 10, terpaksa tidur dalam keadaan basah kuyup.
Lebih membimbangkan apabila sudah beberapa kali pondok didiami keluarga malang itu dimasuki binatang berbisa seperti ular tedung dan kala jengking.
"Memanglah saya boleh dapat RM70 hingga RM80 hasil jual kuih, tapi untung bersih hanya RM15 hingga RM20 sehari, mana cukup nak sediakan kehidupan selesa buat anak-anak," katanya.
Harap dapat bantuan
Lebih hampa apabila usahanya untuk mendapat bantuan daripada pihak berwajib masih menemui jalan buntu walaupun keadaan mereka terlalu mendesak hingga ada kalanya anak-anak terpaksa mengikat perut kerana kehabisan bekalan makanan.
“Saya tak tahu sampai bila kami harus tinggal dalam keadaan begini, ini bukan cerita rekaan, datanglah tengok sendiri keadaan kami jika kami berbohong.
"Namun apa boleh buat, hanya ini yang kami mampu, jika ada pihak yang dapat membantu, saya amat menghargainya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: