Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 32, berkata, individu yang tidak bertanggungjawab itu telah membeli tudung rekaannya secara dalam talian dan kemudian menciplak semula rekaan itu dan kemudian dijual menggunakan jenama lain.
“Saya memang marah apabila mendapat tahu ada pihak yang membeli tudung saya semata-mata mahu menciplak dan selepas itu dijual pula kepada orang ramai menggunakan label lain.
“Saya rasa perkara sebegini tidak adil buat saya yang bersusah payah menghasilkan tudung tersebut,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Natasha, dia belum berniat untuk mengambil isu tersebut secara serius hingga dibawa ke mahkamah sebaliknya berharap tiada pihak yang melakukan perkara sebegitu lagi.
Dalam pada itu, Natasha berkata, dia tidak menghalang jika ada peniaga baharu yang ingin mengambil inspirasi tudung rekaannya tetapi janganlah meniru seratus peratus ciptaannya itu.
“Saya percaya bagi peniaga baru, seperti saya juga sebelum ini, kita memerlukan inspirasi dalam mereka sesuatu rekaan pakaian mahupun tudung.
“Tetapi kalau boleh, janganlah tiru bulat-bulat, itu tidak adil,” ujarnya.
Ditanya, adakah dia sudah bersedia sekiranya terdapat individu lain yang tidak bertanggungjawab menciplak rekaan tudungnya itu, Natasha berkata, dia sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.
“Tirulah jika mahu tiru. Macam mana sekalipun orang tetap tahu sesebuah rekaan itu bermula daripada siapa.
“Lagipun saya tidak boleh nak buat apa jika ada yang masih berdegil mahu menciplak,” tuturnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: